Pada asasnya ada tiga cara 'membuat' wang. Pertama 'make money', kedua, 'makes lot of money', dan ketiga, 'money make money'. Ketiga-tiga cara ini agak mustahil boleh diaplikasikan jika berkerja dengan orang lain atau 'makan gaji'. Oleh yang demikian, aktiviti perniagaan sebagai wadah perjuangan untuk membuat wang yang banyak adalah satu pilihan paling wajar.
J.Paul Getty pernah berkata, hampir tiada pengecualian, satu-satunya cara untuk membuat wang yang banyak ialah dengan berniaga. Ia tidak boleh dinafikan, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w bermaksud 9 dari 10 rezeki adalah dalam bidang perniagaan.


0 comments:
Post a Comment